Sabtu, 26 Januari 2013

PROGRAM PRASEKOLAH DAERAH KINTA UTARA 2012

Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya dan kini telah melangkah ke Tahun 2013. Sepanjang perjalanan tahun 2012, berbagai program telah dijalankan oleh pihak PPD Kinta Utara dalam mencapai objekftif prasekolah. Berikut adalah sebahagian daripada aktiviti atau program yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2012.



Khamis, 10 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 KEPADA SEMUA GURU-GURU PRASEKOLAH NEGERI PERAK

DATA MURID PRASEKOLAH 2013

zielalazim
Ahli Biasa
Ahli Biasa


Daftar: Aug 02, 2012
Mesej: 20

MesejTelah dihantar pada: Wed Jan 09, 2013 12:55 pmBalas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

"1 MALAYSIA; RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Program Prasekolah KPM 2013

Dengan segala hormatnya surat J.Pel.Pk.(AM)3955/21/46/Jld.20(9) bertarikh 3 Januari 2013 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan ini dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Delivery Task Force (DTF) NKRA Pendidikan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 13 Disember 2010 telah bersetuju untuk menggunakan satu sistem tunggal bagi kutipan data murid prasekolah bagi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), JPNIN, KEMAS dan prasekolah swasta yang berdaftar dengan KPM menggunakan Sistem Maklumat Prasekolah kebangsaan (SMPK).

Untuk makluman Tuan, mulai tahun 2013 SMPK ini telah dinaiktaraf kepada Versi 2.0 dan boleh dicapai melalui URL iaitu http://www.smpk.my.
ID Pengguna dan katalaluan adalah sama seperti tahun 2012.

Mohon kerjasama tuan untuk melaksanakan perkara berikut:

1. Mengisi data dan maklumat dalam SMPK dengan lengkap mulai 10
Januari 2013 dan boleh mengemaskini data dan maklumat dalam
SMPK secara berterusan sehingga 31 Disember 2013.

Pihak PPD akan mengumpul data lengkap pada 25 Januari 2013.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
______________________________
NOR AZILA BINTI MOHD LAZIM
Penolong PPD Prasekolah/Permata
Unit Pengurusan Sekolah
PPD Kinta Utara
Email: azilappdku@yahoo.com
No. Tel: 05 2437293.