Khamis, 7 November 2013

Jumaat, 11 Oktober 2013

KERATAN AKHBAR GERAK TARI1MALAYSIA KINTA UTARA DALAM SINAR HARIAN EDISI NEGERI PERAK


PROGRAM GERAK TARI 1MALAYSIA 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pada 1 Oktober 2013, telah melakar sejarah negara Malaysia apabila seluruh murid prasekolah negara ini mengadakan Program Gerak Tari 1Malaysia 2013 yang julung julung kali diadakan serentak di seluruh negara. Tidak ketinggalan Daerah Kinta Utara dimana program ini telah diadakan dengan pembabitan hampir 90% murid prasekolah Daerah Kinta Utara bertempat di Dataran Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya, Chemor, Perak. Seramain 1300 orang murid prasekolah telah terlibat dalam program ini. Program ini telah melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Record sebagai penyertaan terbanyak murid prasekolah. Tahniah diucapkan dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.  Berikut adalah beberapa gambar sepanjang program tersebut berlangsung.




Selasa, 18 Jun 2013

LAWATAN KERJA YB DATO ZAINOL FADZI B HJ PAHARUDDIN KE TAMAN DR

Tarikh : 18 Jun 2013
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Taman DR, Jalan Keliling Dalam,30300 Ipoh Perak
Lawatan Kerja YB Dato Zainol Fadzi B Haji Paharuddin
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrakstruktur, Tenaga Dan Air Negeri Perak
Sempena Karnival Merah Kuning Hijau 1 Malaysia 
Daerah Kinta Utara



Selasa, 21 Mei 2013

MESYUARAT JURULATIH UTAMA KALI KE -2 KINTA UTARA 2013

Mesyuarat Jurulatih Utama Kinta Utara telah dijalankan pada 11 April 2013 bertempat di SK Perpaduan. Perbincangan adalah bertujuan untuk memastikan segala perancangan program prasekolah bagi tahun 2013 berjalan dengan lancar.



Bengkel Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan ( SMPK ) Negeri Perak 2013

Tarikh              :           28 Mac 2013 (Khamis)
 Tempat           :           Dewan Besar, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara
  Masa              :           9.00 pagi – 5 petan
 Kehadiran       :           Guru Prasekolah / Pembantu Pengurusan Murid

Jemputan : 
1. En Hamsan B Masri (Penyelia Prasekolah, JPN Perak)
2.  En. Madzran B Raden Sukianto (Penyelia Sekolah Rendah PPD Kerian)
3. En. Zulkarnain B Hamid (Penolong PPD Prasekolah/Permata PPD Kerian)



Selasa, 2 April 2013

GAMBAR -GAMBAR AKTIVITI KEMBARA ILMU 1MALAYSIA 2013



LAWATAN KEMBARA ILMU 1MALAYSIA PRASEKOLAH KINTA UTARA 2013

Aktiviti Lawatan Kembara 1Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada 16 Mac 2013. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang melibatkan semua prasekolah kinta utara. Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru prasekolah dan murid prasekolah melalui konsep penyayang. Terima kasih kepada pihak yang telah berjaya melaksanakan program sebegini.

Rabu, 6 Februari 2013

Mesyuarat Jurulatih Utama Prasekolah Kinta Utara 2013

Mesyuarat Jurulatih Utama Prasekolah Daerah Kinta Utara kali-1 telah dilaksanakan pada 30 Januari 2013. Antara perbincangan adalah takwim prasekolah Daerah Kinta Utara bagi tahun 2013,pengurusan fail prasekolah dan pembahagian kumpulan mengikut program dan aktviti sepanjang tahun.



Sabtu, 26 Januari 2013

PROGRAM PRASEKOLAH DAERAH KINTA UTARA 2012

Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya dan kini telah melangkah ke Tahun 2013. Sepanjang perjalanan tahun 2012, berbagai program telah dijalankan oleh pihak PPD Kinta Utara dalam mencapai objekftif prasekolah. Berikut adalah sebahagian daripada aktiviti atau program yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2012.



Khamis, 10 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 KEPADA SEMUA GURU-GURU PRASEKOLAH NEGERI PERAK

DATA MURID PRASEKOLAH 2013

zielalazim
Ahli Biasa
Ahli Biasa


Daftar: Aug 02, 2012
Mesej: 20

MesejTelah dihantar pada: Wed Jan 09, 2013 12:55 pmBalas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

"1 MALAYSIA; RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Program Prasekolah KPM 2013

Dengan segala hormatnya surat J.Pel.Pk.(AM)3955/21/46/Jld.20(9) bertarikh 3 Januari 2013 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan ini dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Delivery Task Force (DTF) NKRA Pendidikan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 13 Disember 2010 telah bersetuju untuk menggunakan satu sistem tunggal bagi kutipan data murid prasekolah bagi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), JPNIN, KEMAS dan prasekolah swasta yang berdaftar dengan KPM menggunakan Sistem Maklumat Prasekolah kebangsaan (SMPK).

Untuk makluman Tuan, mulai tahun 2013 SMPK ini telah dinaiktaraf kepada Versi 2.0 dan boleh dicapai melalui URL iaitu http://www.smpk.my.
ID Pengguna dan katalaluan adalah sama seperti tahun 2012.

Mohon kerjasama tuan untuk melaksanakan perkara berikut:

1. Mengisi data dan maklumat dalam SMPK dengan lengkap mulai 10
Januari 2013 dan boleh mengemaskini data dan maklumat dalam
SMPK secara berterusan sehingga 31 Disember 2013.

Pihak PPD akan mengumpul data lengkap pada 25 Januari 2013.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
______________________________
NOR AZILA BINTI MOHD LAZIM
Penolong PPD Prasekolah/Permata
Unit Pengurusan Sekolah
PPD Kinta Utara
Email: azilappdku@yahoo.com
No. Tel: 05 2437293.