zielalazim Ahli Biasa


Daftar: Aug 02, 2012 Mesej: 20
 |
Telah dihantar pada: Wed Jan 09, 2013 12:55 pm |   |
"1 MALAYSIA; RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
Semua Guru Besar Sekolah Rendah, Program Prasekolah KPM 2013
Dengan segala hormatnya surat J.Pel.Pk.(AM)3955/21/46/Jld.20(9) bertarikh 3 Januari 2013 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.
Dengan ini dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Delivery Task Force (DTF) NKRA Pendidikan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 13 Disember 2010 telah bersetuju untuk menggunakan satu sistem tunggal bagi kutipan data murid prasekolah bagi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), JPNIN, KEMAS dan prasekolah swasta yang berdaftar dengan KPM menggunakan Sistem Maklumat Prasekolah kebangsaan (SMPK).
Untuk makluman Tuan, mulai tahun 2013 SMPK ini telah dinaiktaraf kepada Versi 2.0 dan boleh dicapai melalui URL iaitu http://www.smpk.my. ID Pengguna dan katalaluan adalah sama seperti tahun 2012.
Mohon kerjasama tuan untuk melaksanakan perkara berikut:
1. Mengisi data dan maklumat dalam SMPK dengan lengkap mulai 10 Januari 2013 dan boleh mengemaskini data dan maklumat dalam SMPK secara berterusan sehingga 31 Disember 2013.
Pihak PPD akan mengumpul data lengkap pada 25 Januari 2013.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih. ______________________________ NOR AZILA BINTI MOHD LAZIM Penolong PPD Prasekolah/Permata Unit Pengurusan Sekolah PPD Kinta Utara Email: azilappdku@yahoo.com No. Tel: 05 2437293. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan