Rabu, 25 Julai 2012

TARIKH AKHIR PROGRAM GRAFITY 1 MALAYSIA PRASEKOLAH KINTA UTARA 2012

(Program Prasekolah KPM 2012):
U/P: Semua Guru Prasekolah Normal & Intergrasi

AKTIVITI ‘GRAFITY AREA’ 1 MALAYSIA PRASEKOLAH TAHUN 2012.
(Ruj: KP(BPSH-SPPra) 502 Jld.5 (89) bertarikh 26 Januari 2012.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyiapkan dan akan menyiapkan kain rentang grafity diperingkat prasekolah. Namun diingatkan, sila pastikan kain rentang yang disediakan adalah berukuran 100cm x 60cm seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Kain rentang yang tidak mengikut ukuran tersebut, tidak akan diterima. Ini kerana kain rentang grafity tersebut perlu standard dalam ukuran tersebut di seluruh Malaysia. Kain rentang ini juga hendaklah dijahit/disambung (bagi prasekolah 2 @ 3 kelas) sebelum dihantar ke PPD.

3. Tarikh pengumpulan hasil kerja murid ini adalah sebelum @ pada 15 Ogos 2012 (Rabu).

Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


______________________________
NOR AZILA BINTI MOHD LAZIM
Penolong PPD Prasekolah/Permata
Unit Pengurusan Sekolah
PPD Kinta Utara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan